Pakar khusus dalam penyelesaian pengkomputeran aliran dan perisian aplikasi pengukuran.

Sebagai sebuah syarikat persendirian, Swinton Technology merupakan pembekal global bagi Perkhidmatan dan Penyelesaian Sistem Kawalan Permeteran untuk Aliran Minyak dan Gas yang terkemuka untuk projek “Greenfield” dan “Brownfield”. Semangat Staf yang tinggi dan komited membuatkan keseluruhan “keupayaan projek” sering melebihi jangkaan pelanggan kami, justeru itu penyatuan teknologi yang terkini membuktikan ia mampu memenuhi keperluan projek secara menyeluruh.

Sistem Komputer Aliran Tradisional

Aplikasi fiskal dan bukan fiskal menggunakan teknologi aliran komputer. Swinton Technology merupakan pakar dalam merekabentuk, kejuruteraan dan penyatuan sistem. Swinton Technology merupakan syarikat tanpa produk tersendiri dalam bidang komputer teknologi aliran, dan oleh itu mampu menyepadukan teknologi komputeran aliran yang sesuai dan tepat untuk penyelesaian masalah anda. Swinton Technology mempunyai pengalaman yang tiada tandingan dalam melakukan integrasi kebanyakan industri komputer yang terkemuka.

Pengkomputeran Aliran Bersepadu DCS

Dibangunkan melalui hasil kerjasama dengan Honeywell, MeterSuite™ merupakan lanjutan dari komposit perisian tegar dan berpengalaman  dalam kejuruteraan aplikasi yang disepadukan dalam platform kawalan industry yang terbukti dan mapan - Honeywell Experion Process Knowledge System (PKS).

MeterSuite™ memberikan anda yang terbaik dalam dua bidang:

Daripada Honeywell: teknologi yang maju, ciri-ciri dan sokongan yang dapat anda jangkakan daripada pembekal DCS yang terkemuka dengan pengalaman yang luas dalam industri kawalan dan automasi. Daripada Swinton Technology pula: Kekuatan yang mendahului dalam kejuruteraan sistem kawalan pengukuran aliran di sokong oleh jurutera yang telah berkhidmat dengan industry minyak & gas di dalam bidang pengukuran & pemindahan fiscal/kustodi selama lebih dari 20 tahun.

Pengurusan Projek dan Kejuruteraan

Dengan gabungan pengalaman dalam sistem permeteran melebihi 300 tahun, kumpulan projek kami menawarkan pangkalan pengetahuan yang tiada tandingan dalam bekalan system kawalan, laporan dan pemantauan permeteran. Setiap projek dikoordinasikan oleh pengurus projek yang sangat berpengalaman yang membentuk tumpuan untuk semua kegiatan teknikal dan komersil dalam syarikat.

Perisian Penyeliaan Permeteran

Beberapa tahun kebelakangan ini, TruST, salah satu produk Swinton Technology seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan alat internet telah menghasilkan Pengguna Grafik Antara Muka (GUI) standard yang berprestasi tinggi dan fleksibel pada sebarang peranti  samada sambungan siri atau TCP/IP. GUI membenarkan paparan yang terperinci namun ringkas dan jelas yang menawarkan keseluruhan gambaran kepada operator yang mudah pada sistem permeteran mereka. Perisian didatangi lengkap dengan semua ciri industri yang relevan, termasuk Sistem Penggera, Laporan, trend dan perolehan data secara langsung.

Alamat: Swinton Technology Ltd, Asia Pacific SDN BHD
49, Jalan 16/155C
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: +603 8994 9716 Faks: +603 8994 9717
E-mel: enquiries@swintontechnology.com.my

Projek dan Penyelesaian Sistem

Kejayaan sesuatu projek bergantung pada semangat, maruah dan harga diri pasukan untuk berusaha.

DP Meter Diagnostics

Prognosis merupakan teknologi unik yang mendapat pengiktirafan dan penerimaan dunia serta industri yang memberikan amaran awal kesalahan dalam pengukuran secara langsung dan ketepatan untuk sistem Meter Perbezaan Tekanan.
Faedah-faedah Prognosis:

  • Mengurangkan dengan banyaknya pendedahan yang terhasil daripada pengukuran yang salah
  • Mengurangkan dengan signifikan kos penyelenggaraan pada system permeteran menggunakan DP anda
  • Menolak keperluan untuk meter alternatif yang mahal bagi menggantikan meter DP

Pemasangan dan Pentauliahan

Perkhidmatan pemasangan dan pentauliahan yang menyeluruh memastikan permulaan yang pantas sistem Swinton Technology dengan bantuan pakar. Swinton Technology sangat cemerlang apabila berkhidmat di tapak projek. Pendekatan kami adalah untuk meminimumkan penggunaan masa di tapak projek dan sejajar dengan falsafah ini, kami telah membangunkan produk perkakasan yang memudahkan proses pelaksanaan pantas bagi sistem tapak dan mengurangkan kos dan risiko setiap projek. Semua jurutera mempunyai sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman dalam bidang sistem. Swinton Technology komited terhadap kualiti sepenuhnya dan mengendalikan sistem pengurusan kualiti yang mengikut ISO 9001:2008.

Sokongan dan Perkhidmatan Pelanggan

Swinton Technology menawarkan koleksi perkhidmatan yang bernilai untuk menyokong system komputer pengukuran. Perkhidmatan sokongan kami adalah fleksibel, membolehkan pelanggan menentukan tahap sokongan yang mereka perlukan. Pilihan terdiri daripada penyediaan Meja Bantuan ‘WaktuPejabat’, sehingga perlindungan penyenggaraan menyeluruh dan sepenuhnya. Kami amat komited untuk memberikan sokongan selepas jualan yang tertinggi untuk sistem kami melalui program menyeluruh perkhidmatan Sokongan Pelanggan. Swinton Technology juga menawarkan kursus latihan, yang disusun bersesuaian dengan keperluan individu pelanggan, samada di bilik latihan kami sendiri atau di tempat pelanggan (termasuk pemasangan di luar pesisir jika perlu). Inventori komputer aliran dan kelengkapan simulasi dalaman kami yang meluas membolehkan penyesuaian kursus dengan keperluan projek yang khusus serta memberikan panduan praktikal kepada pengguna dengan sistem yang bakal dikendalikan, diselenggara dan diuruskan oleh pelanggan.

Terdapat juga kursus bagi produk-produk yang dijalankan secara kelas pembelajaran.

Kewujudan Antarabangsa

Swinton Technology terus berkembang sejak penubuhannya pada 2001, dan kini mempunyai pejabat dan agen di seluruh dunia untuk melengkapi pangkalan global kami. Kemudahan operasi utama kami terletak di Malton dan Grangemouth di.

Produk Berkaitan Industri

Bagi memastikan system permeteran komputer terus mengukur produk dengan tepat mengikut spesifikasi, adalah perlu untuk proses penentu ukuran dilakukan secara berkala. Bagi memudahkan ini, Swinton Technology telah membangunkan peralatan dan applikasi yang lengkap dengan simulasi komputer permeteran yang terkini. Simulator, pre-amp, kit pengesahan mudah alih dan unit sambungan semuanya terdapat di Swinton Technology bagi memastikan permeteran anda terus berfungsi dengan lebih sempurna.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Telefon: +44 (0)1653 698844

Faks: +44 (0)1653 605679